Apakah anda pernah menolak cinta seseorang yang pernah mencintai anda? Mungkin ya, mungkin tidak kan. Apa reaksi anda? Apa tindakan anda? Membiarkan atau berterus-terang tentang perasaan sebenar anda padanya. Sukar bukan? Begitu lah keadaannya bila kita sendiri yang merasai dan mengalaminya.
Hampir sebulan aku cuba untuk mencari apakah sebenar perasaan aku terhadap dia. Memohon supaya Allah memberiku petunjuk. Kadang2 aku mencari2, adakah aku CINTAKAN dia? Atau sebenarnya aku cuma SAYANGKAN dia hanya sebagai seorang SAHABAT yang paling aku sayang. Oh Tuhan, bantu lah hambamu ini.
Aku pernah merasa bagaimana perasaan apabila cintaku ditolak. Tetapi aku menerimanya dengan terbuka. Cinta tidak semestinya memiliki. Aku tahu betapa hancurnya hati aku saat itu. Memujuk HATI agar menerima satu hakikat yang sebenarnya aku sendiri tak dapat nak menerima. Membuang jauh2 hati dan perasaan suci yang telah Allah anugerahkan ini. Aku sendiri pada mulanya cukup sukar. Sukar. Demi ALLAH aku tewas pada mulanya. Sakit apabila CINTAKU ditolak.
Tapi, hari ini. Aku cuba membayangkan betapa hancurnya HATI insan yang cukup mencintai aku apabila CINTANYA ku tolak. Aku cuba meletakkan diriku di posisinya dan membayangkan keadaan yang pernah ku rasakan suatu ketika dulu. Demi ALLAH, aku tiada niat untuk menolak cinta dia. Adakah aku benar2 tidak cintakan dia? Atau aku MENCINTAI orang lain? Atau sebenarnya aku cuba bermain dengan perasaan aku sendiri?
Saya minta maaf sekiranya tindak tanduk saya selama ini benar2 membuatkan awak salah sangka dan meletakkan HATI awak pada saya. Saya meletakkan awak di posisi yang terbaik di kalangan teman2 yang saya miliki. Mungkin itu adalah kesilapan saya yang sememangnya saya sendiri akui. Kerana suatu ketika dahulu saya juga pernah merasai apa yang pernah awak rasakan sehingga membuatkan CINTA itu hadir dalam hati kita.
DAHULU, saya selalu terpikir apakah salah atau kekurangan yang ada pada diri saya sehinggakan CINTA saya ditolak? Saya sendiri tidak pernah mendapat jawapan yang TEPAT tentang persoalan saya itu.Tetapi apabila saya yang menjadi individu yang MENOLAK CINTA barulah saya akui dan saya temui jawapan pada persoalan saya tadi. Bukan BENCI atau tidak suka tetapi adalah kerana PERASAAN yang ALLAH kurniakan belum wujud atau hadir dalam hati saya. Saya cuba untuk menerima CINTA awak, tapi saya gagal. Mesti awak akan berkata 'Cinta boleh dipupuk' atau 'Hendak Seribu Daya,Tak Hendak Seribu Dalih'. Tapi ini soal perasaan. Mahukah awak menerima insan yang tidak mencintai awak?
Saya tidak pernah berkata 'TIDAK MUNGKIN' kerana semuanya KEHENDAK di tangan DIA. Siapa tahu satu hari nanti ALLAH akan buka pintu hati saya dan menerima cinta dan diri awak seikhlas2nya. Apa yang saya boleh katakan, awak carilah insan lain yang benar2 dapat menerima awak. Dan ingin saya katakan, sekiranya suatu hari nanti ada insan yang benar2 mencintai awak, janganlah awak menolak cintanya sepertimana yang telah awak rasakan. Tetapi, sekiranya awak terlanjur menolak cinta nya seperti mana yg telah saya lakukan pada awak tanpa niat, saya harap awak akan menilai perasaan yg sama yang telah saya rasakan dan juga awak rasakan bersama. Dan pada masa itu, awak akan sedar bagaimana perasaannya apabila kita MENOLAK CINTA insan yang mencintai kita. Janganlah awak rasa merasa bersalah terhadap tindakan awak kerana tiada sesiapa pun yang bersalah dalam keadaan ini. Mungkin ini lah kekurangan kita sebagai MANUSIA yang telah dijadikan sejak azali lagi.