Thursday, September 1, 2011

:: Sudah hampir ke akhir PERASAAN ::

Asyik.....asyik...dan asyik saya dipersalahkan...
Kenapa hal yang sebegitu pon salahnya nmpak pada saya....
Kenapa disebabkan 'keadaan'...salahnya HANYA nampak pada saya...?

Kdg2 saya pelik memikirkan kenapa saya dilahirkan untuk menjadi seorang yang 'tak kisah'?
Kenapa agaknya.....?
Perlu ke saya membuat satu perubahan yang drastik dari menjadi seorang yang 'tak kisah' menjadi seorang yang 'kisah'...?
Perlu ke saya menipu diri saya sendiri dan hati saya untuk menjadi seorang yang KISAH...

Saya seorang yang kisah hakikatnya....tapi saya meletakkan SESUATU ITU PADA TEMPATNYA...
Ada benda yang boleh diberi kelonggaran atau erti kata lain...give n take...
Tapi ada benda lain jugak yang perlu diberi ketegasan...atau erti kata lain...tiada kompromi....
Apa yang sepatutnya....itulah yang dapat....
BETUL ke fikiran saya ini? Atau cuma satu pemikiran yang kolot.......

Boleh tak sekiranya saya katakan ianya sudah hampir ke akhir perasaan....? SELFISH kah saya.....








Wednesday, August 31, 2011

Istiharah.....

HATI,


Pernah tak HATI rasa dalam dilema...?
Pernah tak HATI rasa berbelah bahagi antara DUA...?
Pernah tak HATI rasa macam nak gila...?
Pernah tak HATI rasa kadang2 benci....?
Pernah tak HATI rasa menyampah....?
Pernah tak HATI rasa berpura-pura...?
Pernah tak HATI rasa hati dah mati....?
Pernah tak HATI rasa hati sakit hati...?
Pernah tak HATI rasa hati hati dah kosong....?
Pernah tak....pernah tak HATI........?

Saya tak sanggup untuk mengungkapkannya.....
Hanya kerana HATI saya.....
Kerna saya tahu....
ALLAH Lebih Mengetahui Hati Saya....
Kerana HATI ini adalah milik-NYA.....







Kadang-kadang....


Kdg2 saya BENCI sgt...
Kdg2 saya SUKA sgt...
Saya x tau sama ada saya SUKA atau BENCI...

Kdg2 saya HAPPY sgt..
Kdg2 saya SEDIH sgt...
Saya x tau sama ada saya HAPPY atau SEDIH...

Kdg2 saya selalu AMBIL BERAT pasal org lain....
Kdg2 saya hanya MEMENTINGKAN diri saya sendiri...
Saya x tau sama ada saya SAYANGKAN diri saya atau sayangkan org lain....

Kdg2 saya MENYESAL dengan apa yang saya dah lakukan....
Kdg2 saya YAKIN apa yg saya dah lakukan...
Saya x tau sama ada saya pilihan saya TEPAT atau SEBALIKNYA....

Kdg2 saya rasa KUAT untuk tempuh semua ini..
Kdg2 saya rasa LEMAH untuk tinggalkan semua ini...
Saya x tau sama ada saya LAYAK untuk semua ini...

Kdg2 saya rasa diri saya tak SEMPURNA...
Kdg2 saya rasa saya tak layak untuk jadi SEMPURNA....
Saya x tau sama ada saya ada peluang untuk mengecapi keSEMPURNAan itu.....

Kdg2 saya selalu ingatkan diri untuk tidak MENANGIS...
Kdg2 saya benci melihat diri saya MENANGIS...
Saya x tau sama ada ini TANGISAN yg terakhir atau tidak dlm hidup saya.....

Kdg2 saya takutkan sebuah HARAPAN....
Kdg2 saya mengHARAPkan sebuah HARAPAN...
Saya tak tau sama ada apa yg saya harapkan itu adalah sebuah HARAPAN atau ANGAN-ANGAN....


Mode : Nak lari jauh2.....DAMN!!!


:: Sabarlah Hati ::

Rasa nak lempang muka leeeeeelaju...




Tak kisah la muka 'sesapa'....!!!!





Monday, August 1, 2011

:: Salam Ramadhan ::

Salam,




1 August & 1 Ramadhan...
Alhamdullillah diberi umo yang panjang & kesihatan yg baik dari Allah s.a.t...
Dapat gak sambut bulan puasa lagi tahun ni....
Puasa yang terakhir untuk tahun ni sebagai title 'anak dara'..
Next2 year title lain lak...hehehe...

Dalam mengharungi bulan puasa ni, cuma satu yg aku harapkan...
~ Tambahkan lah tahap kesabaran untuk mengharungi tempoh masa 2 bulan ni...
~ Jauhkanlah ke'stressan' walaupon pada hakikatnya mmg itu yg berlaku...
~ Cuba untuk sentiasa senyum dan buangkan kerut di dahi (walaupon mengerutkan dahi dah jadi satu habit...)
~ Perbanyakkan amal ibadat bukan untuk bulan ini shj malahan bulan2 seterusnya yg kdg2 aku rasakan aku agak sedikit alpa & lewa...

Jadi, untuk itu kenalah selalu ingat bahawa Allah sentiasa dgn kita.....& kita juga wajib untuk mengingatinya....


p/s : Mode -  skitttt stress....

Saturday, July 30, 2011

Cinta Muka Buku...

Salam,
Entry hari ni agak rileks dan santai....
Goyang je kepala bila dengar lagu ni...
Serta merta ingatan saya terbang jauh ke 'insan' ini....
Segalanya di sini....
Tiada dua atau tiga...
Cinta Muka Buku permulaan kami....

p/s : video clip ni best..tapi x sebest cinta muka buku kami....hikhikhik...



~ ehem2...kad kahwin dah siap lom?? alamak.....!!!!!!

Thursday, July 21, 2011

5 Petanda Anda Telah Bersedia Untuk Berkahwin ~~

Salam,

~ Tetiba lak termenung sekejap.....* wink..wink..





Perkahwinan merupakan sesuatu yang indah bagi setiap insan di dunia ini. Semua memang nak kahwin. Betul tak?

Hidup berumahtangga merupakan suatu pengalaman manis yang berlaku dalam sejarah lakaran hidup anda.
Tapi adakah anda benar-benar tahu dan yakin yang anda telahpun bersedia untuk memulakan ikatan perkahwinan tersebut?

Bagaimana anda boleh mengetahui tanda-tanda yang anda telah bersedia untuk melayari bahtera perkahwinan tersebut.
Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan bersama anda 5 petanda yang jika anda sedang laluinya ataupun ianya terdapat dalam diri anda, anda memang dah sedia nak kahwin.

 “Best woo kawin” bak kata sesetengah orang yang dah berkahwin..hehe... :-)

Petanda 1: Rela Berkongsi

Rela berkongsi bermaksud anda bukan hanya sanggup dan telah bersedia untuk berkongsi kasih, sayang dan cinta diantara anda berdua.

Tetapi, ia jauh meliputi lebih banyak aspek dalam kehidupan seharian anda. Aspek-aspek yang dimaksudkan adalah seperti wang, perasaan, masa, pendapat, harta-benda, rumah, makanan, dan lain-lain perkara dalam kehidupan seharian anda.

Petanda 2: Boleh Berfikir Secara Terbuka

Kadang-kala, ketika anda melayari bahtera rumahtangga anda, perselisihan pasti akan terjadi. Justeru itu, anda haruslah berfikiran terbuka dan boleh berbincang dengan baik dan tenang sesama anda berdua ketika sesuatu perselisihan itu berlaku.

Mungkin punca perselisihan anda berdua hanyalah kerana perkara-perkara remeh. Jika anda berfikiran terbuka dan boleh menerima kesilapan diri masing-masing, perjalanan hidup berumahtangga anda pasti lebih mudah dan berjalan dengan lancar.

Petanda 3: Anda Boleh Menjawab Soalan “Kenapa Aku Nak Kahwin” Dengan Baik

Perkahwinan bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat main-main. Seumur hidup, sekali je kahwin ni. Beberapa persoalan yang perlu anda tanya diri anda sendiri sebelum berkahwin adalah seperti:
  • Mengapa anda perlu berkahwin?
  • Adakah kedua-dua belah pihak keluarga anda berdua boleh menerima anda berdua untuk berkahwin?
  • Apakah yang ingin anda berdua capai dalam hidup setelah berkahwin untuk jangka masa panjang?
Jika anda boleh menjawab soalan-soalan tersebut dengan baik, maka memang telah terbuktilah anda berdua telah bersedia untuk berkahwin.

Petanda 4: Sanggup Bertolak Ansur

Anda berdua boleh bertolak ansur jika sesuatu pilihan atau keputusan kritikal perlu dibuat. Ada juga kadang-kala anda berdua akan berselisih faham. Jika perkara tersebut berlaku, salah-satu pihak harus beralah dan bertolak ansur. Jangan ikutkan sangat ego anda.

Petanda 5: Bersedia Menerima Sifat Dan Tabiat Pasangan

Memang kita perlu akur, ketika bercintan-cintun dulu, semuanya indah-indah dan baik-baik belaka. Bak kata orang, nak control macho la (kalau yg lelaki) atau nak control cun bagi yang perempuan.

Setelah berkahwin nanti, sifat-sifat atau tabiat-tabiat yang selama ini tersembunyi dan tidak ditunjukkan secara terus ketika bercinta dulu, harus anda terimanya dengan hati yang terbuka. Memang tiada sesiapa pun yang sempurna di dunia ini. Pasangan anda pasti mempunyai kekurangannya yang tersendiri.

Begitulah beberapa petanda jika ianya telah muncul dalam diri anda, usah teragak-agak untuk hantar rombongan meminang (bagi yang lelaki) atau cepat-cepat suruh kekasih anda belikan cincin tunang (bagi gadis).

Sumber artikel  - klik sini

Selesai jua akhirnya....

Salam,

21/7/2011
Hari ni cuti...kena cuti gak sbb nak setelkan document tok nikah nnti..
Pagi2 lagi dah bersiap gi PAID...
Ingatkan sekejap je nak dapatkan borang kebenaran bernikah...rupa2nya 1 1/2 jam kat situ..
hehehe....mmg lama...

So document semua dah setel,just nak bagi balik je semua document tu kat ustaz yg nak nikahkan kami 30/9/11 ni....alhamdulillah....:-)



taraaaa...it's DONE


Monday, July 11, 2011

Wedding Check List again....

1. Tarikh :

Nikah : 30 September 2011 (after Asar)
Resepsi : 1 Oktober 2011 (day)
Bertandang : 2 Oktober 2011 (day)

2. Theme & concept:
Nikah : Cream
Resepsi : Purple-Pink
Bertandang : Red

3. Legal documents:
Kursus kahwin : Done
Hiv Test : Done
Borang Kebenaran Nikah : Done

4. Venue:
Nikah : Masjid Al-Munawarrah - S.27, Shah Alam
Resepsi : S.27, Shah Alam
Bertandang: S.19, Shah Alam

5. Catering/Canopy:
Nikah : Done (abah settle)
Resepsi : Done (abah settle)
Bertandang: Done (family future husband settle)

6. Pelamin:
Nikah :
-Bantal nikah: Done (by Kak Nora)
Resepsi :
-by Edi - Done * with decoration - 3 panel
Bertandang:
-by Edi - Done * with decoration

7. Photographer:
Nikah : Done (The Wedding Photographer)
Resepsi : Done (The Wedding Photographer)
Bertandang: Done (future husband family)

8.  Wedding outfits:
Nikah:
-Dress: Baju kurung moden Done
-Tudung: Nikah from Koleksi Vispera Done
-Veil : by Kak Nora collection Done
-Shoe: White (Done)
-Accessories : by Kak Nora collectionDone

Resepsi:
-Dress : by Kak Nora collection Done
-Tudung: Done
-Veil: Kak Nora collection Done
-Shoe: Pink colour Done
-Accessories: Kak Nora collection Done
Bertandang:
-Dress: Kebaya Songket Merah Done
-Tudung: Done
-Veil: Kak Nora collection Done
-Shoe: Pending
-Accessories: Kak Nora collection Done

10. Makeup:
Nikah: Kak Nora Done
Resepsi: Kak Nora Done
Bertandang: Kak Nora Done

11. Doorgift:
Resepsi:
-Beg kertas : Done
-VIP doorgift: Done 
-Guest doorgift: Done (air kotak + baulu + biskut)

12. Bunga Pahar/Bunga Manggar:
Nikah: Done
Resepsi: Done
Bertandang: Done

13. Hantaran:
Bilangan dulang: 9 berbalas 11
For Rina : Done

For Zulfakar : Done
14. Cincin kahwin:
For him: Done (cari time Raya)
For her: Done (cari time Raya)

15. Invitation Card:
Nikah & Resepsi: 1,000pcs for both side Done

16. Cake:
Nikah: Pending
Resepsi: Pending

17. Jurunikah/Pembaca doa:
Nikah: Jurunikah - W.I.P
Resepsi: Pembaca doa - W.I.P
Bertandang: W.I.P
 
18. Handbouquet
Nikah:
-By Kak Nora
Resepsi:
-By Kak Nora
Bertandang:
-By Kak Nora
 
19. Guest List:
Resepsi: 350-400 people
List friend : 100% Done

20. MC/Kompang/Entertainment:
MC/DJ : Done
Kompang: Done - RM100 deposit.
PA system: Done

21. Pengapit:
Nikah :
- Alone
Resepsi & Bertandang :
-Nur Jannah (own collection)Done
22. Dresses for family:
Resepsi: blue colour (buy for my family) Done

23. Bilik pengantin :
Katil: Pending
Decoration: By Edi (white purple theme)
Langsir : 90% (jahit sendiri) - light purple

24. Signage:
Resepsi: 10pcs (view by map)
Location: Pending allocate
Design: Done
Printing: Done
  
25. Inai :
- Plaza Alam CentralDone (booked - just walk-in )

26. Honeymoon :
??????



Takutnya bila tgk sticker tu....!!
dup dap...dup dap....
Sekian harap maklum....



Friday, July 8, 2011

Tanda Cinta ~~

Salam,

Baru2 ni incik tunang saya ke Terengganu...
Wah..berjalan sakan ye syg...
Dah 2 kali ke Terengganu...without me...bila mau bwk dinda mu ini ke sana??
hehehehe....teringin jugak nak ke sana....bila lah agaknya kan....?? ~think..think...& think....

Dr apa yg pasti....walaupon ke mana incik tunang saya ni pegi...sure ada skit buah tgn untuk saya...
wpon saya dah bgtau 'x yah la beli apa2' tapi....sure ada (saya siap mention awal2..jgn beli yg mahal2).....thanks ek syg...so appreciate....

Cuba teka apa adiah untuk saya????

TARAAAA.....








see....cantik kan....colour sweet sgt.....

Tapi skg ngah mencari idea...mcm mana nak letak pic di antara celahan daun tu.....hmmmm...tgguuuuuuuuuu....ngah select pic2 yg menarik supaya 'our flower' tak lah nampak kosong sgt nnti kan.....!!


*nota di celah jari :

jumzzz layan pic ni....hehehe...hasil ke'grab'an saya....








LUV U



Thursday, June 30, 2011

Nora Elena Vs Norina





Kelakar kan....
Harap tidak ketawa berdekah2...sebab dgn secara tak sengaja saya telah menyamaratakan nora elena dan diri empunya badan (Norina)...hahaha....

Serius...bila terpandang  pic Nora Elena dan Seth....rasa rindu sgt nak menonton drama bersiri ni balik...rasa rindu nak tggu drama tu kul 7 mlm mcm dulu2...hehehe....

Romantik...sedih....benci..geram...semua ada..tapi itulah penangan Nora Elena.....bila dipikir2kan...ada lagi ke agaknya berlaku perkara mcm tu di alam realiti....Oh...hidup....mmg susah nak diramalkan....!!!!!

Walau mcm mana pun..saya ttp merasakan drama tersebut ~ manis mcm gula ~.......

p/s : mari tgk drama Nora Elena kat tonton.com sampai lebammm.......hikhik....


Saturday, June 4, 2011

Jus Minuman Monavie - untuk dijual

MAMPUKAH ANDA MAKAN 19 JENIS BUAH-BUAHAN  DALAM 1 HARI???


Apakah itu MonaVie?

MonaVie merupakan satu gabungan buah acai berry yang hanya terdapat di hutan Amazon serta gabungan 18 jenis buah-buahan terpilih dan terbaik dunia untuk membekalkan daya tenaga paling optimum untuk badan kita. Kandungannya telah disahkan oleh pakar-pakar antarabangsa mempunyai unsur-unsur anti-pengoksidaan yang amat tinggi serta nutrien-nutrien berkhasiat yang boleh merangsangkan penyembuhan luar biasa serta menyediakan pertahanan badan daripada pelbagai jenis penyakit.

Khasiatnya  telah diperakui oleh ramai pakar-pakar pemakanan terkenal dunia serta mendapat liputa- meluas terutamanya di Amerika Syarikat dan Eropah. Kini, MonaVie mula bertapak di pasaran Asia untuk kita berkongsi bersama akan khasiat dan kehebatannya.


MONAVIE DAPAT MEMBANTU ANDA!!
BERKESAN DAN MENYIHATKAN!!
MENGANDUNGI SUMBER ANTI-OKSIDAN YANG TINGGI.

- KANSER
- KENCING MANIS
- DARAH TINGGI
- JANTUNG/SALURAN DARAH
- GOUT
- SAKIT SENDI & SENGAL BADAN
- MIGRAINE
- STROKE
- MASALAH URAT SARAF
- RESDUNG/ SINUS
- SEMBELIT/ CIRIT-BIRIT
- MENURUNKAN KOLESTROL
- ASMA /LELAH/ SEMPUT
- MENOPAUSE
- ALAHAN/ JERAWAT
- STRESS/ KEMURUNGAN
- OTOT KEJANG/ SAKIT BELAKANG
- INSOMNIA
- MASALAH BUAH PINGGANG
- SENGUGUT/ PMS
- JANGKITAN FARAJ
- GASTRIK






1. MONAVIE ORIGINAL (warna purple) - 750 ML (stock available) - RM 120


- mengabungkan 19 jenis buah termasuk Acai Berry beserta dengan biji dan kulitnya.
- formula asal berasaskan kajian dan sains berjuta dollar.
- berfungsi untuk membekalkan antioksidan yang mencukupi kepada tubuh badan manusia.
- sesuai untuk semua peringkat umur dan penyakit.
- Antipenuaan, diet, tenaga batin, immunisasi tubuh dan membekal tenaga.
- pengambilan 60 ml sehari = 13 hidangan buah-buahan.

2. MONAVIE PULSE (warna merah) - 750 ML (available Sept.2011)

- gabungan monavie original + plant sterols
- berfungsi untuk menurunkan kolesterol (sesuai bagi wanita yang mengawal berat badan).
- khusus untuk memelihara kesihatan jantung.
- sesuai juga untuk ahlis sukan dan mereka yang aktif.
- plant sterol biasa didapati pada biji gandum, minyak bijan dan sayur kubis.
- plant sterol akan bersaing dengan kolestrol untuk menyerap dalam tubuh.
- pengambilan 60 ml sehari membantu peredaran darah dan mengurangkan kadar kolestrol.


3. MONAVIE ACTIVE (warna hijau) - 750 ML (stock available) - RM 150

- gabungan monavie original + glucosamine
- khusus untuk merawat masalah sendi
- baik untuk gout,arthritis, bisa-bisa kaki dan sengal badan.
- Glucosamine dari tumbuh-tumbuhan terbukti berkesan membantu ke arah kesihatan sendi yang sihat dan 
  pembaikpulih sendi dan saraf.
- pengambilan 60 ml sehari boleh mengekalkan kesihatan badan anda secara menyeluruh di dalam kehidupan seharian.


* BERMINAT???

   Sila tinggalkan message di blog ini atau hubungi di talian 013-264 3145 atau email -  ina_mill@yahoo.com 
   untuk tempahan atau maklumat lanjut.


DRINK IT, FEEL IT AND SHARE IT




Sunday, May 8, 2011

:: Turquoise Mode ::

Masih dalam mode searching...
Untuk hari bahagia nanti....


To my Sayang,
dah dpt warna tema kita nanti....?
Luv u syg.....









 ~ sedang membayangkan encik tunang saya berpakaian begini....:-)

Sunday, April 3, 2011

Angan2 Atau Realiti.....

Saya sudah jatuh cinta....
tak kira...tak kira...nak jugak.......
kaler mcm ni..x mau yg lain....
so gorgessss......




                                                            Thanks to pak cik google....


p/s : ohhh....excitednya saya ....hehehehe....



Saturday, March 19, 2011

:: Criteria Sirih Junjung ::

Ari ni nak share satu petua..
Petua dari SIRIH JUNJUNG..
same ade berkesan @ tidak..
wallahualam la ye..

Petua org2 tua dulu ada benarnya,
Penah dengar x org2 tua pesan, kalau nak cepat jodoh curi/kidnap sirih pengantin...tak kiralah masa
majlis tunang atau kawin...
Ish3...kalau nak berkesan lagi..kunyah skit sirih tu...
Alamak....kalau saya....mmg muntah la time tu...hahaha...

Mungkin ada benarnya petua org2 dulu, tapi pada saya semua itu kan kerja tuhan...
Cepat atau lambat....Hanya Allah yg tahu.....


P/S : 'Jodoh & Pertemuan di tangan Tuhan...'




sirih junjung en.tunang untuk saya


sirih junjung saya untuk en.tunang



Monday, March 14, 2011

~~ CINTA ~~

Cinta Memang Terlalu Banyak Maksud, Tapi Saya Ingin Menjadi Seorang Pecinta Yang Setia Bersama Dengan Pasangan Saya, Saya Harap Dia Adalah Yang Terakhir Pernah Wujud Dalam Hati Saya.

.......................AHMAD ZULFAKAR.......................





 



Thursday, March 3, 2011

Kini, Saya Tunangan Orang ----> Mr.AZAY

Assalammualaikum.....

3/3/11,
Masih Dalam mood hepi....mood yg berjaya membuatkan saya tersenyum sorang2 dan berasa di awang2an...hehehe...Agaknya ini lah yang dikatakan 'Alam Pertunangan'. Penuh dengan cabaran + kerinduan.

Yaa....saya mula merasakan ianya sekarang...Kalau nak diikutkan...mahu saje rasanya diri ini terbang...tapi...manakah sayapnya???? Nak x nak...terpaksa lah simpan saje rasa itu....Ya allah..tuhan saje yang tahu...

Bila dipikirkan balik, banyak bezanya masa bercinta dgn keadaan skrg (tunangan org)..bak kata orang2 tua, darah muda... terlalu mengikut perasaan & emosi...saya yang dulu sgt cool (xla cool sgt..hehehe)...tapi sejak kebelakangan macam2 rasa ada dlm hati ni....rasa mcm x nak berjauhan...mcm belangkas lak...baru lah saya tahu kenapa org2 tua dulu berpesan bila dh betunang ni jangan terlalu kerap berjumpa....yesss....skg ini saya dah mulakan rasa bahawa kata2 itu ada kebenarannya.....

Saya sedar bahawa dia masih belum lagi menjadi milik saya...itu lah hakikat yg saya kena terima buat masa ini...TAPI...Saya yakin masanya akan tiba.....cuma masa yg akan menentukan....saya sgt sygkan dia....TERLALU....saya harap dia juga begitu ----> kan sayang...:-)

26/2/2011 - Happy birthday to u syg & congrats for both of us.....