Thursday, December 30, 2010

Saat-saat akhir 2010......

Ari ni dah 31 December 2010...

Mksdnya less than 24 hours tuk ke tahun baru....2011....

Azam tahun baru masih belum tau lagi...hehehe..coz rasanya ada lagi azam tahun 2010 yg lum achieve lagi....

Yang pastinya tahun 2010 bnyak sungguh cabaran ...especially dlm menghadapi alam pekerjaan sekarang...bila ingat2 balik...tak mampu rasanya....bnyak pahit dari yg manis <-----takde yg manis langsung

So...conclusion tahun depan walau ape yg terjadi....saya mesti dptkan keja yg baru....wat masa sekarang....SABAR...SABAR....dan SABAR....

Insyallah......
                                                                       
                                   ...................HAPPY NEW YEAR................         



Friday, December 10, 2010

Diam Lagi Baik Dari Berkata-kata....

Diam banyak maksudnya,
ada diam kerana sememangnya natural seseorang itu pendiam.
ada diam kerana hanya banyak bercakap apabila dah selesa dengan sesetengah orang sahaja,
ada diam kerana menahan marah,
ada diam kerana merajuk,
ada diam kerana malu,
ada diam kerana menunjukkan tanda setuju atau sebaliknya,

namun hakikatnya,
diam itu ada pelbagai tafsiran. Mungkin juga ia sangat mudah untuk disalah faham oleh orang yang memandang. Walaupun wujud istilah 'diam seribu bahasa', namun sememangnya tidak mungkin mampu menceritakan segala-galanya.

" Bila diam di katakan tak kisah, tak ambil peduli...
Tapi bila berkata-kata di katakan tak paham...
Jadi bercakap lah sahaja bila perlu....
Berdiam diri lah tanda memahami..."

Tapi sebenarnya HATI saja yang tahu....


p/s: benci sungguh mood mlm ini....hanya kerna sebaris 'kata-kata'

KAREKTOR KELAHIRAN MANUSIA

NOVEMBER

 
Banyak idea dalam perkara.
Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
Berfikiran ke hadapan.
Berfikiran unik dan bijak.
Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa.
Pemikiran yang tajam.
Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
Bagus untuk jadi doktor ---> doktor cinta
Cermat dan teliti.
Personality dinamik.
Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
Terlalu degil dan keras hati apabila hendak ----> tepat 100%
Diusahakan sehingga berjaya.
Tak suka marah kecuali digugat.
Mudah ambil berat terhadap orang lain.
Pandai muhasabah diri.
Cara berfikir lain dari orang lain.
Otak yang sangat tajam.
Pandai mendorong diri sendiri.
Tidak hargai pujian.
Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya.
Badan yang "tough" (sasa).
Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam.
Romantik.
Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang.
Suka duduk di rumah.
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
Bercita-cita tinggi.
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

Nota Kaki : rasa macam banyak yg betul dari yg tak betul...tepat ke muka!! hikhikhik.... 
Baca je...jgn komen ape2....

 


Thursday, December 9, 2010

FOR THE REST OF MY LIFE


I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know

You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along

And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you

For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife husband and my friend and my strength

And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you

For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you

For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart

 

Thursday, November 25, 2010

Penang vs Shah Alam

Sebenarnya....
Tak paham apa kaitan antara post kali ni ngan title yg saya tulih kat atas tu....hehehe...

Penang

Nak citer banyak xde idea, just nak tempek picture my sayang only..hahaha...
ampunnnn ya syg..saya telah meng'grab' pic ini di facebooknya......


bestnya dpt gi penang......



'hensem tak saya'?


Sekembalinya dari Penang, ada buah tangan tuk si dia di....


Shah Alam

So sweet la syg...i likeeeee.....




teman baru saya di kala sunyi...

so dah paham kan...x paham gak ......wat2 la paham k....daaa...


Sunday, November 21, 2010

Baju Idaman Hati Saya

Ari tu saje jenjalan kat blog then tetiba nampak 1 baju ni...mmg sweet sgt...hati saya sudah terpikat
(berkata2 dalam hati --->cantiknya..nak beli....cuma RM155 jekk.....)
Ada sesape nak belikan tuk saya?......hehehehe...
Encik sayang .... belikan tuk saya boleh? ღღღ




<----macam sesuai je nak pakai time tunang nanti....


Strategi Aman Menolak Cinta

Apakah anda pernah menolak cinta seseorang yang pernah mencintai anda? Mungkin ya, mungkin tidak kan. Apa reaksi anda? Apa tindakan anda? Membiarkan atau berterus-terang tentang perasaan sebenar anda padanya. Sukar bukan? Begitu lah keadaannya bila kita sendiri yang merasai dan mengalaminya.
Hampir sebulan aku cuba untuk mencari apakah sebenar perasaan aku terhadap dia. Memohon supaya Allah memberiku petunjuk. Kadang2 aku mencari2, adakah aku CINTAKAN dia? Atau  sebenarnya aku cuma SAYANGKAN dia hanya sebagai seorang SAHABAT yang paling aku sayang. Oh Tuhan, bantu lah hambamu ini.

Aku pernah merasa bagaimana perasaan apabila cintaku ditolak. Tetapi aku menerimanya dengan terbuka. Cinta tidak semestinya memiliki. Aku tahu betapa hancurnya hati aku saat itu. Memujuk HATI agar menerima satu hakikat yang sebenarnya aku sendiri tak dapat nak menerima. Membuang jauh2 hati dan perasaan suci yang telah Allah anugerahkan ini. Aku sendiri pada mulanya cukup sukar. Sukar. Demi ALLAH aku tewas pada mulanya. Sakit apabila CINTAKU ditolak.

Tapi, hari ini. Aku cuba membayangkan betapa hancurnya HATI insan yang cukup mencintai aku apabila CINTANYA ku tolak. Aku cuba meletakkan diriku di posisinya dan membayangkan keadaan yang pernah ku rasakan suatu ketika dulu. Demi ALLAH, aku tiada niat untuk menolak cinta dia. Adakah aku benar2 tidak cintakan dia? Atau aku MENCINTAI orang lain? Atau sebenarnya aku cuba bermain dengan perasaan aku sendiri?

Saya minta maaf sekiranya tindak tanduk saya selama ini benar2 membuatkan awak salah sangka dan meletakkan HATI awak pada saya. Saya meletakkan awak di posisi yang terbaik di kalangan teman2 yang saya miliki. Mungkin itu adalah kesilapan saya yang sememangnya saya sendiri akui. Kerana suatu ketika dahulu saya juga pernah merasai apa yang pernah awak rasakan sehingga membuatkan CINTA itu hadir dalam hati kita.

DAHULU, saya selalu terpikir apakah salah atau kekurangan yang ada pada diri saya sehinggakan CINTA saya ditolak? Saya sendiri tidak pernah mendapat jawapan yang TEPAT tentang persoalan saya itu.Tetapi apabila saya yang menjadi individu yang MENOLAK CINTA barulah saya akui dan saya temui  jawapan pada persoalan saya tadi. Bukan BENCI atau tidak suka tetapi adalah kerana PERASAAN yang ALLAH kurniakan belum wujud atau hadir dalam hati saya. Saya cuba untuk menerima CINTA awak, tapi saya gagal. Mesti awak akan berkata 'Cinta boleh dipupuk' atau 'Hendak Seribu Daya,Tak Hendak Seribu Dalih'. Tapi ini soal perasaan. Mahukah awak menerima insan yang tidak mencintai awak?

Saya tidak pernah berkata 'TIDAK MUNGKIN' kerana semuanya KEHENDAK di tangan DIA. Siapa tahu satu hari nanti ALLAH akan buka pintu hati saya dan menerima cinta dan diri awak seikhlas2nya. Apa yang saya boleh katakan, awak carilah insan lain yang benar2 dapat menerima awak. Dan ingin saya katakan, sekiranya suatu hari nanti ada insan yang benar2 mencintai awak, janganlah awak menolak cintanya sepertimana yang telah awak rasakan. Tetapi, sekiranya awak terlanjur menolak cinta nya seperti mana yg telah saya lakukan pada awak tanpa niat, saya harap awak akan menilai perasaan yg sama yang telah saya rasakan dan juga awak rasakan bersama. Dan pada masa itu, awak akan sedar bagaimana perasaannya apabila kita MENOLAK CINTA insan yang mencintai kita. Janganlah awak rasa merasa bersalah terhadap tindakan awak kerana tiada sesiapa pun yang bersalah dalam keadaan ini. Mungkin ini lah kekurangan kita sebagai MANUSIA yang telah dijadikan sejak azali lagi.

Am I too bad??

sedih + giler....
saya dah agak.....bila hati dah berat....something yg x elok...msti akan jadi....
Then, x tau untuk kali yg ke berapa juta......
saya menangis lg....
salah saya ke???....saya dah wat yg termampu.....baik pada pandangan mata saya...baik juga pada pndangan mata insan lain....tapi....rupa2nya...tersurat tu belum tentu nmpak di pandangan mata....masih ada yg x kena.....
Ye...betul...saya belum cukup baik.....x semua org perfect di atas muka bumi ini...perlukan masa & nasihat untuk jadi yg terbaik....TAPI saya x terlalu ego untuk menerima teguran demi teguran......saya anggap tu satu proses pembelajaran....
Mungkin juga saya silap, kerana menganggap itu semua sudah menjadi yg tebaik......
Untuk menjadi yg terbaik.......tidak perlu berpura2....saya mahu menjadi diri saya.....bukan lah bermakna saya x perlu belaja tuk menjadi yg terbaik....tapi kalau terus kritikan yg diterima.....bukan nasihat....xde insan di dunia ni yg akan berjaya...
Mungkin saya silap....
Cuma 1 saya harap.....HATI saya yg 1 ini xkkan 'berubah' untuk berpaling.....kerana sekali saya berpaling., saya xkkan menoleh semula...


:: Hati Yang Kau Sakiti ::

Saya terkilan....
Saya Kecewa....
Saya marah.....
dan tentu saya menangis.....
Pernah saya katakan dulu....tapi kenapa itu yg terjadi.......
Tahukah sekarang saya sakit,
Tahukah sekarang saya sedih,
Tahukah sekarang saya rasa macam nak lari dari sini,
Tahukah?????
Saya lemah,
Saya hilang semangat saya,
Saya hilang kata2,
Cuma saya harap saya tidak akan 'hilang' yg itu........

Saya Tak Nak Bercinta Lama-lama.....

serius beb.....aku x nak bercinta lama2 lagi.....❤❤❤
bukan gatai...atau x sabar...
tapi tu lah yg aku rasakan lately ni...
makin bnyak cubaan.....~ ape cubaan tu,biar je lah aku yg tau....

sebenarnya bila di kaji2 balik....ada baiknya jgn bercinta lama2...bukan ape..aku amik pengajaran dari pengalaman.....manusia kan...xde yg sempurna di dunia....tapi sebagai manusia......kita nak terbaik dlm hidup kita.....demi allah....aku nak kalau boleh ini lah cinta yg terakhir...sampai mati......sungguhhh........
Kalau ikutkan hati,x nak dah tunang2 ni...nak terus kahwin je...hehehhe...tapi x leh la....bnyak hati nak kena pikir.....budget lagi....uwaaaa...planning kena sebetul yg boleh...... ♥‿♥
Dan satu lg.....bila bercinta lama2 ni...kena tahan rindu jek...hikhikhik...▀ ▄▀ ▄▀ ▄
tapi apakan daya....
ni lah lumrahnya bercinta.....saya mahukan rindu yg halal.......
tapi aku tau...satu masa nnti pasti akan tiba......permudahkan lah ya allah......aminnn....
░░╠███╣░░░░░░░╠███╣
╠██▓▓▓██╣░░░╠██▓▓▓██╣
██▓▓▓▓▓██╣░╠██▓▓▓▓██╣
██▓▓▓ Within the Heart ▓▓██╣
╠██▓▓▓ of Love We Are ▓██╣
░░╠██▓▓▓▓ ONE ▓▓▓██╣
░░░░╠██▓▓▓▓▓▓▓██╣
░░░░░░╠██▓▓▓██╣
░░░░░░░╠██▓██╣
░░░░░░░░╠█▓█╣
░░░░░░░░░╠█

Saya & Kamu

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan


Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran


Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu


Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah


Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah


p/s: cepat teka lagu ni...sape tau,dia dapat hadiah...yea..yea..:-)

Saya Bahagia Bersama Dia

Sweet moment for both of us...
Dunno why...perasaan itu semakin lama  semakin bertambah.....
Rasa macam tak nak berjauhan.....
Bilalah agaknya.....
' Ya Allah Ya Tuhanku, kau peliharalah hubungan ini....Amin '



Thursday, October 7, 2010

Ruang Hati

Sekarang....
saya dah ada ruang hati yang indah...
cuba teka???
hikhikhik......
Dulu suram.....sekarang....
Setiap masuk bilik....sure mata akan pandang pada satu ruang itu...
Setiap kali kaki melangkah masuk...mata & hati pasti melihat ke sana...
dan begitu juga setiap kali kaki melangkah keluar....mata & hati pasti melihat ke sana....
Ye...saya bahagia begitu.....
Plz...
Jgn alihkan 'yang itu' dari saya....



Love u...

Thursday, July 8, 2010

Lelaki Ego

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…” Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

 “Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,” tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang. Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi. Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala.

Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku. Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku.

Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu. Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu. “Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja.

 Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…” Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..” Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca.

Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur. Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya. Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar. Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia. Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan.

 Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai. Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku. “Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise.

Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital. Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku. “Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku. “Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka.

Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku! Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya.

Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin. Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku.

Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain. Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci. Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa.

Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu. Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku.

Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.


p/s: Yang pastinya air mata aku mengalir tatkala membaca cerita ini....kredit to my FB frenz....Nur Adharina...


Wednesday, July 7, 2010

Mata Sayang Hati

saya sedih....
smlm sgt sedih....
kalau terlalu excited...mesti ending sedih...benci!!!
pas ni...dah x nak excited lg...nak wat bodoh je....
erk....tapi...kalau wat bodoh je....mcm x de hati lak kan.....uishhhh...
serius!!!!!!!!
saya sedih mlm td.....lagi dan lagi saya menangis....
rapuhnya hati......
tapi saya geram...geram ngan kelemahan saya ni....
bila geram...marah je...
wat pe simpan....
uhhhh...ye...saya hanya mampu nangis.....
smpai sekarang pon hati masih lum sembuh lagi.......
penat....penat sgt tahan nangis ni....
takde org pujuk..............hati nak pujuk kan hati....??kan....????
hmmm...smpai bila hati nak pujuk mata.....
sian mata.....
yeee...saya jeles......jeles saya bertempat....
saya jeles sbb saya sayang......
kalau saya dah x sayang...saya xkkan nangis smpai mcm ni.....
sian mata....bengkak.....
" Mata, maafkan hati ye. Hati terlalu rapuh...."
---> tgk....mata dah menangis...ni lah akibatnya bila tak dipujuk......
tetttttttttttt..............

Wednesday, May 5, 2010

BKK 8*3*

5/5/10,

Sebenarnya hati dah mula rasa x sedap hati since masa kat opis lagi..but dunno why...so saje wat2 sedapkan hati....
Balik opis ptg tu mmg badan lesu sgt, penat keja...maklumlah semalam dah amik cuti...sekali dtg opis...berlambak depa tgglkan keja atas meja aku...perghhh...serabut...
Nak dijadikan citer ptg tu,excited pun iye coz today ada date.....sekali cancell daa....frust nya tak tau nak citer la....but xpelah...next time leh jmpa.....--->dalam hati....mmg aku merajuk....hmmmm...
Ngah dok2 rileks kat umah,mak ajak bawak d clinic..sian mak...mak demam...ada hikmah gak x jd g kuar date td kan....kalau x, xde sape lak nak temankan mak......so kul 9 mlm aku kuar bwk mak....tak smpai sejam,aku pon balik....
Sampai je dpn umah, aku tgk ada satu hamba allah mana ntah sibuk dok parking dkt dpn umah aku...gila smpit,smpai x leh nak parking.....ishhh..hati dah smpah seranah....hmm...xpe lah....so aku decide nak wat parking reverse....sebenarnya x la confident sgt..tapi leh la kot.....;-)
Ngah sibuk2 nak parking tu...aku ke dpn la skit cari ruang nak reverse....ntah apa melantak lak kaki aku ni tertekan mnyak....padahal rasa keta dah benti dh...hmmm....dengan sekali tekan je,keta aku melantun ke dpan,kena la pagar umah jiran aku ni....satu baris umah kuar tgk apa yg dah janji...femes beb aku sekejap,padahal bdn dah mengigil2 dah ...terkejut sbnrnya....
Tapi bkn lah ke'femesan' yg aku nak sbnrnya, aku leh risaukan keta myvi kesygan aku ni.....hancurnya hati bila tgk keta dh jd mcm tu....hmmmm.....kena marah ngan abah dah x leh nak ckp apa lah kan....zip mulut je la...tapi air mata dah meleh dah..hehehe....
Nasib baik adik aku ada mlm tu, dia lah yg parking kan keta tu balik....aku masuk umah tgk dr jauh je la keta tu...to my neighbour,i'm so sorry....but mmg baik gak jiran cina aku ni.....dia ckp xpe....just kena pagar je,nasib x kena keta swift mahal dia tu....hehehhe..kalau x,ada yg mkn pasir la bulan ni...hikhikhik....
---->to my BKK....sory syg, I'm hurt u.....segalanya diluar kawalan....ada duit,kita repair baru ek...:-)




Wednesday, April 7, 2010

Sebenarnya Kan....

SEBENARNYA KAN......SEBENARNYA KAN.....
Aku rasa nak blaja balikkkkkkkkkkkkkkkkkk......warghhhhhhhhhhhhh...............
dah...stop...titik......noktah..............