Friday, December 10, 2010

Diam Lagi Baik Dari Berkata-kata....

Diam banyak maksudnya,
ada diam kerana sememangnya natural seseorang itu pendiam.
ada diam kerana hanya banyak bercakap apabila dah selesa dengan sesetengah orang sahaja,
ada diam kerana menahan marah,
ada diam kerana merajuk,
ada diam kerana malu,
ada diam kerana menunjukkan tanda setuju atau sebaliknya,

namun hakikatnya,
diam itu ada pelbagai tafsiran. Mungkin juga ia sangat mudah untuk disalah faham oleh orang yang memandang. Walaupun wujud istilah 'diam seribu bahasa', namun sememangnya tidak mungkin mampu menceritakan segala-galanya.

" Bila diam di katakan tak kisah, tak ambil peduli...
Tapi bila berkata-kata di katakan tak paham...
Jadi bercakap lah sahaja bila perlu....
Berdiam diri lah tanda memahami..."

Tapi sebenarnya HATI saja yang tahu....


p/s: benci sungguh mood mlm ini....hanya kerna sebaris 'kata-kata'

No comments:

Post a Comment