Tuesday, October 9, 2012

I'm Back....

Salam...bloggers

Ya allah..lamanya tinggalkan blog ni. Agak bersawang tapi alhamdullilah...masih ada serinya lagi. Rasanya blog yg terakhir ditulis sebelum diri ini bergelar seorang isteri. Now, baru je minggu lepas menyambut anniversary yg pertama bersama incik suami dan hero kecil kami. Maksudnya sudah setahun kami berdua melayari alam rumah tangga. Si kecil pula hampir 4 bulan. Semakin hari semakin comei dan semakin bijak. Pantang diagah pasti tersenyum. Bahagia apabila melihat si kecil saya itu tersenyum ceria. Ya allah, bila dipikir2...cepat betul masa berlalu. Sepanjang tempoh masa tersebut macam2 yg telah saya lalui..yg MANIS sudah tentu,,saya akan kenang hingga akhir hayat saya. Tak kurang juga yg PAHIT.. saya anggap itu sebagai ujian dari-NYA. Tak mahu saya mengenang lagi apatah lagi mengingatinya. Saya mengambil masa untuk memujuk hati saya yg SATU ini.

Sebenarnya semasa saya menaip entri ini terlalu banyak yg ingin saya coretkan. tapi saya tahu tidak semua yg dpt saya coretkan dlm masa sesingkat ini. Saya terpaksa menaip dlm keadaan yg sangat laju sementara hero kecik saya sedang lena. Saya mahu post kan entri ini buat tatapan kalian. Walaupun pendek tp padat isinya. Cuma apa yg ingin saya katakan SAYA SANGAT BAHAGIA...bersama incik suami dan hero kecik saya.

'Ya Allah, berkati lah kehidupan kami ya allah. berikanlah kami petunjuk dan bimbinglah kami ke jalan mu ya allah.' Maaf. saya tak dapat menahan air mata saya dari mengalir saat ini. Saya terlalu gembira. Syukur Ya Allah.

ini untuk tatapan kalian.....







No comments:

Post a Comment