Wednesday, December 5, 2012

:: Fitnah Itu Dosa ::


Sedihnya diri ini bila di fitnah. Difitnah oleh seseorang insan yang saya tak pernah anggap kawan. Mungkin musuh. Saya sendiri tak pasti. Bukan diri ini yg mnjadikan ini satu permusuhan. Tapi si musuh yang membangkitkan permusuhan. Ingatlah wahai insan fitnah itu sama dosanya seperti membunuh. Bertaubat lah, kembali ke pangkal jalan dan minta maaf lah pada yg berkenaan. Saya tidak akan maafkan anda sehinggalah maaf diungkapkan kerana tuduhan anda terlalu hina pada saya, sedangkan anda yg sedemikian rupa (hina). Saya tidak takut, saya tidak gentar kerana saya tahu kedudukan saya di mana, anda yang sepatutnya mencari di mana kedudukan anda. Jangan menyalahkan insan lain, jangan menyakiti insan lain, jangan mendustai insan lain dgn segala kemungkaran anda. Ini fitnah. Jika saya tidak maafkan anda sehingga ke akhir hayat saya, saya tunggu anda di alam barzarh.

Saya kecewa kerana anda alpa dan memalukan diri anda sendiri. Mungkin kesilapan yg pertama boleh dimaafkan disebabkan kita dilahirkan sebagai MANUSIA yang sedia maklum mmg tidak sempurna sejak azali tapi apabila berlaku kesilapan kali yg KE-2, saya rasa itu bukan kesilapan tapi anda sengaja menjahanamkan diri anda sekaligus insan lain. Tahukah anda bagaimana insan lain menanggung seksaan mental yg sangat kritikal, terpaksa menempuhi segala keburukan yg anda cipta. Saya sendiri manusia biasa, tak terlepas dari melakukan kesilapan tapi saya tidak pernah menganiayai insan lain apatah lagi insan sejenis anda. Oh manusia, hakikatnya saya terlalu bencikan ANDA. Maaf, saya terpaksa.

Saya bagi peluang pada anda saudari, jika ianya berulang lagi selepas dari ini saya tidak teragak2 untuk menguraikan segala yg saya pendamkan selama ni. Biarkan satu dunia tau betapa kejamnya awk pada wanita 'ini'. Biar berjuta insan yg mengatakan anda adalah insan yg baik di mata mereka, saya ttp mengatakan anda adalah seorang insan yg KEJAM. Pada saya biarlah tidak cantik di wajah tapi baik budi perkertinya daripada cantik di luar tapi BUSUK hatinya yang saya andaikan insan itu adalah ANDA. Maaf, saya terpaksa meletakkan anda di kedudukan begitu kerana anda yg menjadikan diri anda sedemikian rupa. Hakikatnya anda layak berada di situ Maaf lagi sekali.

Jika saya terlalu zalim memburukan diri anda seperti di atas, ini adalah dosa2 saya. Biarlah saya memohon maaf pada Allah yg satu. Tapi tidak pada ANDA kerana anda yg menjadikan diri saya sebegini. Tahniah saudari. Anda berjaya secara realiti. Tapi anda gagal sebenarnya dalam menunaikan tanggungjwb anda sebagai seorang INSAN. Cukup di sini.





No comments:

Post a Comment