Wednesday, March 6, 2013

Saya Akan Bangkit...Itu Janji Saya...



Dear rina-85,

Terkadang, hidup tidak selamanya seindah yang kita bayangkan, ada kalanya kekecewaan melanda dan membuat kita merasa menjadi orang yang tidak bahagia dan paling malang di dunia.

Sebetulnya, kebahagiaan itu datangnya dari hati. Kekecewaan memang menguris energi, fikiran dan perasaan kita. Namun kita bisa memilih untuk melakukan hal-hal sederhana, untuk mendatangkan rasa bahagia itu.

Hal-hal sederhana yang saya maksudkan di sini supaya kita merasa bahagia ialah bebaskan hati dari rasa benci, bebaskan pikiran dari rasa cemas akan hari esok, dan hiduplah dengan bersederhana.

Cubalah memberi lebih banyak daripada meminta kerana ianya akan membuat kita merasa nyaman. Feel Good, by doing good.

Jika kekecewaan itu masih menguasai, harapkanlah selalu Keajaiban dlm hidup sebab percayalah tidak ada yang abadi di dunia ini. Tidak ada kebahagiaan yang abadi dan tidak ada kekecewaan yang abadi!

Saya selalu memikirkan tidak seorang pun daripada kitaboleh memutar kembali waktu untuk mulai awal yg baru. So, whenever you are in pain, get up, and make your own NEW END story.

God never promise an easy road of our journey, days without fear, laugh without sadness or sun without rain.
But HE promise that we will never be alone!

Dia berjanji akan memberi kita kekuatan tiap kali kita lemah, cahaya tiap kali kita merasa sedang berjalan dalam kegelapan dan penghiburan untuk setiap airmata yang mengalir.

Ketika kekecewaan melanda jangan mengeluh, jangan bersungut2. God must have a very good reason why HE put that into our life. So, tetaplah bersyukur!

Kekecewaan ibarat jalan berlubang yg mungkin akan memperlambat jalan kita. Tetaplah berjalan, sebab didepan kita akan menikmati jalan yg sangat lurus dan indah. Nikmati saja rasa sakitnya, tapi jangan terlalu lama berdiam dijalan 'berlubang' ni, menunggu orang lain untuk membantu kita melaluinya. Bangkit dan berjalanlah sendiri, kerana kita pasti sanggup!. Kita pasti sanggup bangkit dan berjalan lagi!

Remember! No body is being responsible for our happiness except our self!. Lebih baik MENGASIHI diri sendiri dengan memberikan yang terbaik bagi tubuh kita, best food, best rest, and best body exercise.


Kita tidak boleh membuat seseorang mencintai kita. Yg boleh kita lakukan adalah menjadi peribadi yg mudah dicintai. Selebihnya biarkan orang lain yang menyedari bahawa kita BERHARGA!

Terkadang kita menghabiskan terlalu banyak waktu mencari2 orang yg lebih tepat untuk dicintai, atau mencari2 kesalahan orang2 yg telah kita cintai. Padahal adalah lebih baik dan lebih bijak jika kita memusatkan perhatian kita untuk "menyempurnakan" cinta yang sudah kita punya.

Kita seringkali tidak sedar betapa berharganya apa yang sudah kita punya, apa yang sudah Tuhan hadirkan dalam hidup kita. Kita masih terus saja berlari, mengejar sesuatu yang kita sendiri tidak tau, sampai akhirnya kita nyaris kehilangan segalanya.

Penyesalan terkadang datang terlalu lambat. Datang disaat kita sudah benar2 hampir kehilangan semua yg paling berharga dalam hidup kita. And there is no turning back, to start again from the first.

Again!! Happiness is just a state of mind & heart. So whenever u feel unhappy, search it within your self.
Never put your happiness on somebody else, even on someone you love. So that if they betrayed you, or left you for anybody else. You'll never loose anything. Because your happiness is still there. Lays in the deepest part of your heart.

Selamat bangkit dari kejatuhan. Selamat meraih kembali kebahagiaan anda, dan selamat merasakan kembali bahawa hidup anda sangat....BERHARGA.


Ya Allah, KUATKANlah HATI umatmu ini. Saya inginkan yang SATU itu. Aku redha Ya Allah.




 



Wednesday, February 27, 2013

Sama Tapi tak Serupa ~~~

salam,

Saya tak maksudkan sesiapa di sini....
saya harap anda paham,
tidak dpt dinafikan,
ianya sama tapi tdk serupa dulu lagi,
sampai bilakah ia,
yang pasti saya masih mengharapkan satu hari nanti yg serupa akan sama semula......



Wednesday, December 5, 2012

:: Fitnah Itu Dosa ::


Sedihnya diri ini bila di fitnah. Difitnah oleh seseorang insan yang saya tak pernah anggap kawan. Mungkin musuh. Saya sendiri tak pasti. Bukan diri ini yg mnjadikan ini satu permusuhan. Tapi si musuh yang membangkitkan permusuhan. Ingatlah wahai insan fitnah itu sama dosanya seperti membunuh. Bertaubat lah, kembali ke pangkal jalan dan minta maaf lah pada yg berkenaan. Saya tidak akan maafkan anda sehinggalah maaf diungkapkan kerana tuduhan anda terlalu hina pada saya, sedangkan anda yg sedemikian rupa (hina). Saya tidak takut, saya tidak gentar kerana saya tahu kedudukan saya di mana, anda yang sepatutnya mencari di mana kedudukan anda. Jangan menyalahkan insan lain, jangan menyakiti insan lain, jangan mendustai insan lain dgn segala kemungkaran anda. Ini fitnah. Jika saya tidak maafkan anda sehingga ke akhir hayat saya, saya tunggu anda di alam barzarh.

Saya kecewa kerana anda alpa dan memalukan diri anda sendiri. Mungkin kesilapan yg pertama boleh dimaafkan disebabkan kita dilahirkan sebagai MANUSIA yang sedia maklum mmg tidak sempurna sejak azali tapi apabila berlaku kesilapan kali yg KE-2, saya rasa itu bukan kesilapan tapi anda sengaja menjahanamkan diri anda sekaligus insan lain. Tahukah anda bagaimana insan lain menanggung seksaan mental yg sangat kritikal, terpaksa menempuhi segala keburukan yg anda cipta. Saya sendiri manusia biasa, tak terlepas dari melakukan kesilapan tapi saya tidak pernah menganiayai insan lain apatah lagi insan sejenis anda. Oh manusia, hakikatnya saya terlalu bencikan ANDA. Maaf, saya terpaksa.

Saya bagi peluang pada anda saudari, jika ianya berulang lagi selepas dari ini saya tidak teragak2 untuk menguraikan segala yg saya pendamkan selama ni. Biarkan satu dunia tau betapa kejamnya awk pada wanita 'ini'. Biar berjuta insan yg mengatakan anda adalah insan yg baik di mata mereka, saya ttp mengatakan anda adalah seorang insan yg KEJAM. Pada saya biarlah tidak cantik di wajah tapi baik budi perkertinya daripada cantik di luar tapi BUSUK hatinya yang saya andaikan insan itu adalah ANDA. Maaf, saya terpaksa meletakkan anda di kedudukan begitu kerana anda yg menjadikan diri anda sedemikian rupa. Hakikatnya anda layak berada di situ Maaf lagi sekali.

Jika saya terlalu zalim memburukan diri anda seperti di atas, ini adalah dosa2 saya. Biarlah saya memohon maaf pada Allah yg satu. Tapi tidak pada ANDA kerana anda yg menjadikan diri saya sebegini. Tahniah saudari. Anda berjaya secara realiti. Tapi anda gagal sebenarnya dalam menunaikan tanggungjwb anda sebagai seorang INSAN. Cukup di sini.





Monday, October 15, 2012

Allah itu Maha Mengetahui....

Sebagai renungan kita SEMUA....
 
 
♥ Kita pernah "DILUKAI"
♥ dan mungkin pernah "MELUKAI"
♥ tapi karena itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai, menerima,
berkorban dan memperhatikan.
♥ Kita pernah "DIBOHONGI"
♥ dan mungkin pernah "MEMBOHONGI",
♥ tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN.
Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan
dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar
arti diri MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.
♥ Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam
hidup ini, tidak akan
♥ terulang kembali. Namun ada satu hal yang
masih tetap bisa kita lakukan,..
♥ yaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK
yang lebih baik.
♥ Hidup adalah proses,
♥ Hidup adalah belajar.
♥ Tanpa ada batas umur,
♥ Tanpa ada kata tua
♥ JATUH, berdiri lagi
♥ KALAH, mencoba lagi
♥ GAGAL, bangkit lagi,
♥ Sampai Allah memanggil:
♥ "Waktunya PULANG".



Tuesday, October 9, 2012

I'm Back....

Salam...bloggers

Ya allah..lamanya tinggalkan blog ni. Agak bersawang tapi alhamdullilah...masih ada serinya lagi. Rasanya blog yg terakhir ditulis sebelum diri ini bergelar seorang isteri. Now, baru je minggu lepas menyambut anniversary yg pertama bersama incik suami dan hero kecil kami. Maksudnya sudah setahun kami berdua melayari alam rumah tangga. Si kecil pula hampir 4 bulan. Semakin hari semakin comei dan semakin bijak. Pantang diagah pasti tersenyum. Bahagia apabila melihat si kecil saya itu tersenyum ceria. Ya allah, bila dipikir2...cepat betul masa berlalu. Sepanjang tempoh masa tersebut macam2 yg telah saya lalui..yg MANIS sudah tentu,,saya akan kenang hingga akhir hayat saya. Tak kurang juga yg PAHIT.. saya anggap itu sebagai ujian dari-NYA. Tak mahu saya mengenang lagi apatah lagi mengingatinya. Saya mengambil masa untuk memujuk hati saya yg SATU ini.

Sebenarnya semasa saya menaip entri ini terlalu banyak yg ingin saya coretkan. tapi saya tahu tidak semua yg dpt saya coretkan dlm masa sesingkat ini. Saya terpaksa menaip dlm keadaan yg sangat laju sementara hero kecik saya sedang lena. Saya mahu post kan entri ini buat tatapan kalian. Walaupun pendek tp padat isinya. Cuma apa yg ingin saya katakan SAYA SANGAT BAHAGIA...bersama incik suami dan hero kecik saya.

'Ya Allah, berkati lah kehidupan kami ya allah. berikanlah kami petunjuk dan bimbinglah kami ke jalan mu ya allah.' Maaf. saya tak dapat menahan air mata saya dari mengalir saat ini. Saya terlalu gembira. Syukur Ya Allah.

ini untuk tatapan kalian.....







Thursday, September 1, 2011

:: Sudah hampir ke akhir PERASAAN ::

Asyik.....asyik...dan asyik saya dipersalahkan...
Kenapa hal yang sebegitu pon salahnya nmpak pada saya....
Kenapa disebabkan 'keadaan'...salahnya HANYA nampak pada saya...?

Kdg2 saya pelik memikirkan kenapa saya dilahirkan untuk menjadi seorang yang 'tak kisah'?
Kenapa agaknya.....?
Perlu ke saya membuat satu perubahan yang drastik dari menjadi seorang yang 'tak kisah' menjadi seorang yang 'kisah'...?
Perlu ke saya menipu diri saya sendiri dan hati saya untuk menjadi seorang yang KISAH...

Saya seorang yang kisah hakikatnya....tapi saya meletakkan SESUATU ITU PADA TEMPATNYA...
Ada benda yang boleh diberi kelonggaran atau erti kata lain...give n take...
Tapi ada benda lain jugak yang perlu diberi ketegasan...atau erti kata lain...tiada kompromi....
Apa yang sepatutnya....itulah yang dapat....
BETUL ke fikiran saya ini? Atau cuma satu pemikiran yang kolot.......

Boleh tak sekiranya saya katakan ianya sudah hampir ke akhir perasaan....? SELFISH kah saya.....








Wednesday, August 31, 2011

Istiharah.....

HATI,


Pernah tak HATI rasa dalam dilema...?
Pernah tak HATI rasa berbelah bahagi antara DUA...?
Pernah tak HATI rasa macam nak gila...?
Pernah tak HATI rasa kadang2 benci....?
Pernah tak HATI rasa menyampah....?
Pernah tak HATI rasa berpura-pura...?
Pernah tak HATI rasa hati dah mati....?
Pernah tak HATI rasa hati sakit hati...?
Pernah tak HATI rasa hati hati dah kosong....?
Pernah tak....pernah tak HATI........?

Saya tak sanggup untuk mengungkapkannya.....
Hanya kerana HATI saya.....
Kerna saya tahu....
ALLAH Lebih Mengetahui Hati Saya....
Kerana HATI ini adalah milik-NYA.....